★2015
Monday, 5 January 2015 • 20:24 • 0 comments

Hello creatures. Cuti dah nak habis baru nak update post macam bagus sangat hm. "How's your holiday?" Did you mean 'my homeworks holiday'? grrrrr ok aku patut redha sebab tahun depan spm. Oh no. Tahun ni. Tahun ni! Lagi berapa hari dah naik sekolah. Kejap je lagi dah balik penjara. Homesick lah aku. Rindu family rindu kawan. K cakap pasal kawan saje nak cerita lepak rumah najwa setelah sekian lama tak jumpa. Pendek je budak tu. Entah bila nak tinggi agagagaga. 


made by fatin najwa

 sebab kami lapaqq


muiz hantar pizza

sebab hanis pemalu

geeewwwdikksss

sebab kat luar hujan

I miss the girls. Najwa since form 1. Hanis since darjah 5. Auni since tadika. And now we're turning 17 dan hai spm. Good luck masing masing. Study hard ok. Kita belajar sama sama kasi gempak itu result. Rindu korang. Okbai

"Kau rindu aku tak sana?"
"Aku mimpi kau banyak kali"
"Kau simpan gamba aku tak kat sana?"
"Ok aku sayang kau tau bye"

Well. Dah nak balik samura. Dan dia dah takde lagi kat situ. Aku dah takkan tengok tengok tangga depan kelas aku tu lagi, cari dia kat padang sofbol. Tempat sama, orang sama, suasana sama, cuma dia yang tak ada. Taktau nak rasa apa. Kosong. Why aku tak tegur dia dari awal? ergh okay that's all bye

★Final!
Saturday, 20 September 2014 • 00:03 • 0 comments

Bismillahirrahmanirrahim.

Tup tap dah nak akhir tahun. Kejap aje duduk asrama ni tak sampai setahun pun sebenarnya. Final exam menghantui semua orang. Soalan selaras sbp kodd sape tak cuak. Just want to post several photos

w Ustaz Faiz and our KR

Bestari Tiga



Classmates

Bila lah nak tinggi

Kak Naddy

Our PD haha comelkan senior aku

Final year exam
Konfem lah lagi berhantu dari midyear. Aku bukan nak kata apa tapi puas hati jugak lah dengan result midyear aku. Then masuk ujian kedua boleh menjunam. Addmaths boleh turun B kay lawak tau. Physics dengan chemist takyah cakap. Sudah lah dunia haha

Doakan aku dapat keputusan yang cemerlang dalam final exam. Terima kasih banyak banyak


★Tegashark
Wednesday, 27 August 2014 • 22:59 • 0 comments

Bismillahirrahmanirrahim. Hi creatures. Miss me? Miss you too muah muah. Nama pun budak asrama. Baliknya sebulan sekali pun tak tentu. Blog pun macam takde penghuni. 

MTK - Malam Tautan Kasih

Saje nak share hidup kat sana. Event yang paling gempak kat samura hah nilah. Ni event sempena hari raya dengan bulan kemerdekaan. Tapi aku penat sikit lah. Dahlah demam tak baik lagi nak kena duty bimak pehh. Tapi isokeyy banyak moments yang best aku dapat lagi lagi dengan budak kelas aku. 


tak macam budak demam kan? aktres berjaya

tegashark


acane boleh sesat ni

jon --'

why i couldnt stop laughing

semoga cikgu ramli selamat mendarat ke tanah suci, amin

Disebabkan satu peristiwa kitorang renggang. Tapi sejak Inspiration Programme dengan alumni kitorang rapat balik. Alhamdulillah semua dah okey. Jujur dari hati aku makin sayang kat diorang. Betullah cakap senior, ukhuwah kena kuat baru boleh berjaya. Naikkan nama tegas dalam ranking. Cikgu selalu tanya asal kelas teknikal mesti ranking bawah. Nak kata sebab subjek banyak pun satu. Tapi takpelah kitorang cuba lagi. 

muka penat tak cukup tidur

saaaaaaaayang tegas

TegaShark, yuchi hema dayat pejol bountal raykon knyon mebius ijat amoy botak jia qis senah biha alia jed miramin syaza ida sangkut bochik bon aboy joker burn jack jon 

Nama semua nak hodoh. Haha tulah budak samura. Lagi lagi bila 2/3 kelas ialah kaum adam. Orait thats all thanks for reading
★Hello ramadan
Sunday, 29 June 2014 • 21:54 • 0 comments


ramadan, magic

HAPPY RAMADAN!

Ni baru lepas midyear exam. Otak udah tepu. Hidup kat sini bukan macam yang aku sangka selama ni. I'm being a machine. Dengan buku sepanjang masa. Tapi tu bukan satu rungutan. Ada baiknya juga. Takdelah aku melagha dengan dunia remaja aku yang hampir rosak. Lepas ni ada ujian lagi dan final exam selaras sbp katanya. Anggap ni satu cabaran. Sekali seumur hidup kann haha sobs

Our ramadan is like. PREP MALAM ASPURI DI DORM. Heaven gituuu. Tapi memang diorang cakap puasa kat samura memang best. Tengoklah cemana nanti. Then BALIK SETIAP MINGGU. Tu laaaaagi heaven. Takdelah homesick sangat.

Dan sekarang aku memang hanya fokus pada study. Takde apa yang lebih penting dari ilmu. Semua benda luar yang takde kaitan dengan pelajaran aku tolak tepi. Tu tujuan aku datang sini. Aku cuma nak belajar. Aku harap dua tahun aku duduk sini bukan samting yang sia sia. Jeles tau tengok alumni yang dah berjaya. Pilot, arkitek, engineer, doktor. Mestilah teringin kan? Result midyear aku ni aku bersyukur jugaklah. Tapi aku tau tu masih tak cukup. Banyak lagi yang aku kena improve. Senang je nak berjaya. Kena rajin dan tak berhenti berdoa. Kita kena rajin cari ilmu. Bukan cikgu yang cari kita, kita yang cari cikgu. InsyaAllah berkat tu datang. Okay sekadar luahan hati hahaaa anw selamat menyambut ramadan almubarak :D


★everything
Saturday, 29 March 2014 • 00:45 • 0 comments


amore, love, primavera, spring, flowers, cuore, heart, fiori
Nama : Aisyah Halwani bt Mohamad Hatta
Kelas : 4 Tegas
Dorm : Bestari 3

This is me. Becoming a samurian is not like what you are expecting for. A part of me dies.

Aku homesick. Seminggu demam. Tak masuk kelas. Tak larat. Semua orang tengok aku macam okey. Ada yang pelik sebab tengok aku macam tak rindu family aku. "Awak tak homesick ke?" Aku senyum je bila ada orang tanya macam tu. Ada yang menangis setiap kali pegi public. Call je nangis. Aku tak. Aku nangis bila dah naik dorm. Haaa pelik.


w my older sis, kakni *k pakai baju putih serupa budak form 1

Mak, abah. Kita memang taknak duduk asrama. Penat. Belajar kat sana laju. Nak lawan dengan budak pandai. Nak tanya diorang soalan pun segan. Kita sorang-sorang kat sana. Kalau boleh kita nak duduk rumah. Belajar kat rumah, boleh tuisyen. Takyah pisah dengan kawan-kawan lama. Memang tu yang kita nak. Tapi kita tau. Masa depan kat sana lagi cerah. Cita-cita kita cuma satu. Kita nak jadi arkitek. Sebab tu kita pindah. Kat stmi takde LK. Nak ke taknak. Kita memang kena survive. Kita pelik. Orang lain tak sedih ke pisah dengan family dengan kawan kawan diorang?

Then bila aku balik rumah, aku sibuk study sebab naik cuti ni terus first exam.

Him : Awak study lah dulu. Dah siap baru text saya
Me : Kalau nak tunggu saya habis study sampai esok tak text
Him : Okey

*half an hour later

Me : Soriiii tak perasan. Buat addmaths tadi
Him : Eh takpe. Dah makan belum?

*half an hour later

Me : Sorry again --'
Him : Awak study lah dulu :)

I'm sorry.

9 hr bulan hari tu birthday dia. Pukul 6.15 aku pegi public. Finally dapat jugak jadi orang pertama wish. Haha segan pulak nak cerita. Aku pernah cakap tahun ni aku nak sambut birthday dia sama sama. Tapi tak dapat. Hari jadi dia, aku takde. Samalah nanti. Birthday aku, dia pun takde :') IMY

"Aku sedih. Aku sayang sekolah lama aku. Tapi aku lagi sayang cita-cita aku. Aku sayang mak ayah aku lah aku pindah sini," -one of my dormmates

This is my future. I'm a samurian. This is the fate. Stop feeling alone. Start laughing. Stop being afraid. Start believing. Stop thinking. Start acting.


Aisyah Halwani binti Mohamad Hatta 10A+ US1 SAMURA



★29 Jan 2014
Thursday, 30 January 2014 • 23:22 • 0 comments

That last day.

Pagi je lepas bangun subuh, k bayangkan lah macam mana perasaannya bila hari last kat sekolah tu. Sedih gila taktau nak cakap camne lagi. Memang lah samura tu dekat je tapi aku tau semuanya akan berubah. Then dapat text, "Aisyah, saya tak datang hari ni. Demam panas," Pehh terus menangis akuuuu haha. Cengeng gila. Taktau lah asal aku boleh nangis. Pastu aku pegi sekolah macam biasa. Beratur dalam dewan. Pastu tiba-tiba air mata aku bergenang. Ahh tak suka lah. Then keluar dewan mata aku still merah. Pastu aku tengok kat pondok tempat budak laki selalu lepak tu. Awwcakk Nizam tengah duduk kat pondok tu. Benda pertama yang keluar dari mulut aku --> Kuanghajo punya laki! Haha pastu aku ketawa then terus masuk kelas.

Me : "Awak kata tak datang. Demam bagai,"
Him : "Kalau saya bohong, awak percaya eh?"
Me : "Kuanghajo,"

Hari tu aku tak masuk kelas sangat. Tapi sempat masuk waktu add maths. Fuhh kalau skip satu kelas pun boleh gila nak fahamkan sorang-sorang. Aku sibuk uruskan sijil nak pindah. Sijil berhenti, cop pengetua segala. Jumpa cikgu, kaunselor. Tapi kakni cakap masa dia daftar cikgu memang tak tengok pun sijil-sijil tu haha. Kalau temuduga lain lah, ni terus daftar. Nama dah ada. Hampeh. K takpe. Aku dapat jumpa ramai cikgu kesayangan ecehceh. Tapi sedih tak sempat jumpa teacher Farah. K sedih sangat. Antara cikgu yang paaaaaaaaaaaling aku sayang. Dia macam mak bagi aku. Yes, more like a mother. Sayang teacher Farah :') Then jumpa kaunselor.

Cikgu : "Aisyah kat sana kena pandai cari kawan tau,"
Nizam : "Kawan pompuan je. Kawan laki tak payah,"
Cikgu : *gelak

Ada 5 orang budak kelas aku dapat sbp. Aku, dayah, syikin, thiya dengan bonny. Kitorang semua dapat samura kecuali dayah dapat Sains Terengganu. Aku cuma harapkan yang terbaik untuk diorang. Dan yang stay pun aku doakan diorang berjaya. Sekolah mana pun tak kisah, yang penting usaha dan doa. Dan sampai sekarang aku masih takleh terima yang ni hari last aku kat sekolah ni.

goodbye x
"Good luck. Belajar rajin-rajin. Jadi arkitek. Dan yang paling penting, jaga diri baik-baik," -ain

ami please dont cry

this is from ami. she hugged me tight

"Walaupun aku baru je kenal kau tahun lepas, aku suka sangat kawan dengan kau. Aku bersyukur sangat ada kawan macam kau. Aku sayang sangat kat kau syah," - ami

muka baru lepas nangis. haha badut hidung merah

Take care, mon.

gonna miss them so much

haha lina buat gimik

rambut dia makin karat, dah takleh diselamatkan lol

haha k comel ude pujuk zaf

*reupload miss this

she's beautiful

Tapi aku sedih tak sempat cakap pape kat najwa. Aku ingat dia stay. Banyak benda aku nak cakap. Maybe dia ada problem. Dear sis, aku doakan yang terbaik untuk kau. Sahabat aku sorang ni. Ya Allah, dia dah banyak bersabar dengan perangai degil aku ni. Woi cendawan. Dengar cakap cikgu, buat kerja rumah, jangan tangguh kerja. Satu hari nanti kau akan sayang bio haha. All the best for you. Jaga diri, jaga kesihatan, jaga iman. Jangan nangis lagi. Semua tu ujian Allah untuk hamba yang Dia sayang. I'll miss you


abaikan muka aku *w my jiran - classmate - best friend - sister

Take care auni. Kau dah makin besar, kau tau apa yang kau buat. Just ingat, ada yang sayangkan kau. Kitorang sayang kau. Dan yang paling penting, Allah loves you soooOoooOoo much. Hah aku ada tinggalkan kau wasiat kan? Laksanakan amanah tu sebaik mungkin haha. Aku rindu kau


Ahhh muka penat tu haha w zafirah

Sebelum balik

Me : "Kalau aku dapat tau kau sorang-sorang, siap kau,"
Zaf : "Jangan cakap macam tu,"
Me : "Memang siaplah kalau takde yang teman kau,"
Zaf : "Jangan cakap macam tu,"

*she hugged me and cried, a silent hug

She left me a letter. Aku tak bermaksud nak tinggalkan kau sorang-sorang. Aku betul-betul harap ude boleh jaga kau untuk aku. Aku minta maaf zaf. Aku jaga nametag kau baik-baik. Aku bawak nama kau pegi sana. Aku jaga Juju baik-baik. Dia sihat. Even aku takde dengan kau, tapi aku takkan lupa apa yang kau pernah buat untuk aku. Setiap satu. Aku akan ingat pesan kau. Kau pun jaga diri baik-baik, jaga makan, jaga tidur. Satu hari, semuanya akan okey. Percayalah cakap aku. Aku dah taktau nak cakap apa. Memang dah tak terluah. I'll miss you

"Auni, tolong cakap dengan Aisyah yang kita sayang sangat kat dia," -zafirah

Zafirah cakap kat auni sebelum dia balik. Sentap k sentap

#throwback miss this moment

Dear doktor hanis, kau stay kat sembrong tu, belajar rajin-rajin. Good luck untuk spm. All the best for you dear. Jangan lupa kirim flyers heeee miss you xoxo


a brother, a friend and a mum for me haha

Me : "Ni bukan yang terakhir kan?"
Him : "Bukan,"
Me : "Awak pasti?"
Him : "Saya akan pastikan ni bukan yang terakhir,"

Jaga diri Shahrul Nizam. Lepas ni dah takde lagi dah orang nak kacau kau. Kejut kau bangun suruh solat. Tolong kau buat kerja rumah segala. K? 

"Saya taknak buat awak menangis hari ni. Biarpun ni last day. Yang penting saya boleh tengok awak ketawa lagi," -him




Everytime Miss You
PostAboutLinksSite

★Benvenuto!


+Follow // Dashboard